Monday, April 2, 2007

Renungan Khuzaimah

Saya telah habis membuat Lampiran B dan telah menghabiskan slaid-slaid powerpoint

Monday, March 26, 2007

RENUNGAN IRDAYU 4

Hari ini , saya telah memulakan slaid-slaid saya. Saya telah meletakkan informasi yang asas dahulu dan Khuzaimah akan membetulkan lagi kandungan isi di dalam slaid-slaid itu. Saya telah pun memastikan fakta-fakta yang penting. Informasi seperti sejarah permainan telah pun saya keluarkan tetapi saya akan memberitahu sedikit sejarah tentang permainan tersebut dengan melihat nota saya dan bukan dari slaid-slaid kami. Ada banyak perubahan yang harus saya sekumpulan melakukan dan saya harap akan menggunakan masa untuk menghabiskan tugas kami dengan cermat.
Renungan khuzaimah

Saya telah ringkaskan kesemua permainan yang kumpulan kami akan buat dan telah mencari kata-kata kunci bagi setiap permainan agar senang untuk membuat slaid nya nanti. Sekarang,saya hanya menuggu irdayu untuk membuat slaid dan saya akan 'edit' kan slaid powerpoint itu. Kita sedang menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat video bagi permainan batu seremban dan congkak. Harapsemuanya berjalan dengan lancar. (((((:

Thursday, March 22, 2007

Renungan Hafir 3

Hari ini hari terakhir untuk kami menyelesaikan penyelidikan kami. Irdayu telahpun berbincang dengan saya dan khuzaimah bagaimana untuk kami membuat persembahan 'powerpoint' kami lebih menarik. Kumpulan saya juaga masih tidak ketinggalan dalam menyelesaikan arahan yang diber i cikgu.

RENUNGAN 3 IRDAYU

Hari ini adalah hari yang terakhir untuk penyelidikan kami. Saya telah berbincang bersama ahli kumpulan saya yang lain bagaimana harus kami membentangkan dengan lebih menarik. Jadi, kami telah berputus untuk meletakkan video bagi satu ataupun dua permainan. Juga, bagi permainan yang senang untuk dimain, kami akan membuat demonstrasi. Kami akan cuba untuk memendekkan isi peraturan permainan supaya ia tidak akan kelihatan panjang berjela.
renungan khuzaimah

saya telah menghabiskan penyelidikan saya. Yay! Saya telah menyelidik batu seremban dan jala itik. Saya hanya tinggal mencari gambar sahaja.

Monday, March 19, 2007

Renungan Khuzaimah

Saya-hanya-dapat-buat-sedikit-kerana-'spacebar'-saya-rosak.Disebabkan-itu,saya-mengunakan-sempang-untuk-menandakan-spacebar-saya.Ianya-rasa-agak-kekok.Hari-ini,saya-telah-mencari-maklumat-tentang-bulu-ayam-ataupun-dinamakan-chapteh.Saya-juga-telah-dapat-mencari-gambar-sepak-raga.Saya-cuba-mencari-video-bagi-permainan-sepak-raga-tetapi-tidak-berhasil.Sedih,tetapi-tidak-mengapa.Saya-amat-berbangga-kerana-mendapat-kumpulan-yang-bersemangat-untuk-membuat-kerja-yang-telah-ditugaskan-oleh-mereka.Walaupun-ada-diantara-kami-yang-suka-bermain,kami-tetap-menghabiskan-kerja-kami-dengan-sempurna.

Sekian-terima-kasih.
Minta-maaf-kerana-spacebar-saya-rosak. :)))))))

Renungan Hafir 2

Hari ini sungguh 'tension' sekali. Saya telahpun meringkaskan bahan mentah yang didapat semalam. Saya pun telah mencari gambar-gambar, tetapi tiba-tiba sahaja kerja itu tidak dapat di simpan. Saya amat gembira dengan kumpulan saya kerana mereka semua rajin untuk membuat kerja yang telah dibahagikan. Saya sekarang ada lebih percayaasn dengan ahli kumpulan saya untuk membuat projek budaya ini bersama dan membuatnyas dengan baik.

Renungan Irdayu II

Renungan 2 Irdayu ;

Kami memulakan penyelidikan yang kedua. Kini, saya telah memastikan lelaman yang dipilih dan cuba untuk mencari lelaman yang lain yang lebih menarik dari isi gambar dan isi. Pada saya, gambar yang jelas dan besar lebih menarik perhatian yang diperlukan semasa membuat pembentangan. Kami masih juga sedang berusaha untuk mencari lelaman lagi untuk mencari informasi tentang permainan-permainan yang lain. Saya dan ahli kumpulan masih lagi mencari lebih matlumat dan gambar.
1) Congkak =http://www.geocities.com/gen_m87/congkak1.html

2) Gasing =http://www.geocities.com/gen_m87/gasing1.html

3)Guli =http://www.geocities.com/gen_m87/guli1.html

4)Wau = http://www.geocities.com/gen_m87/wau1.html

5)Sepak Raga =http://malaysiana.pnm.my/03/0312sepak_raga.htm

6)Aci Sorok = http://malaysiana.pnm.my/03/0301aci_sorok.htm

7)Capteh(bulu ayam) = sedang mencari..

8)Batu seremban = sedang mencari..

-Irdayu

Renungan Khuzaimah

Renungan Khuzaimah

Dengan penyelidikan yang telah saya buat, saya telah pelajari bagaimana untuk bermain permainan aci sorok. Saya rasa permainan aci sorok sangat seronok jika dimainkan. Saya harap dapat menghabiskan kesemua penyelidikan dalam masa seminggu. Permainan tradisional yang harus saya selidik adalah permainan sepak raga,teng-teng dan batu seremban. Saya rasa dengan projek budaya ini, saya boleh mempelajari dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional melayu.

Renungan Hafir 1

Dalam masa sejam ini, masa tidak mencukupi untuk membuat kerja yang telah diberi oleh cikgu filza. Saya harus mengahabiskan kerja saya di rumah kerana masa kesulitan. Ahli kumpulan saya pun berdemikian. Kami telah ditugaskan untuk membuat kerja yang selalunya mengambil 10 minggu sehingga 3 minggu sahaja. Saya harap kumpulan saya dan saya dapat mengahabiskan tugas yang diberi dalam masa yang telah diberi dan juga dibuat dengan baik.

RENUNGAN IRDAYU 1

Saya telah menyelidik beberapa lelaman yang boleh menjadi berguna dan telah cuba untuk mencatatkan beberapa isi yang penting dan berguna untuk rakan sedarjah untuk mengenali tentang permainan tradisional. Saya juga telah merangkakan apa yang harus dimuatkan di dalam pembentangan kami sekumpulan. Saya juga telah mendapati bahawa meletakkan gambar untuk menerangkan sesuatu informasi dengan lebih berkesan.

Sunday, March 18, 2007

RANGKA PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN TRADISIONAL
HANG CERDAS (Khuzaimah,Irdayu,Hafir)
Kami telah memulakan penyelidikan kami dan kami telah pun mencari sebanyak 8 permainan tradisional.

Perkara yang ingin dimuatkan ke dalam :
- peraturan
-cara bermain
-gambar ataupun klip

Kami akan menggunakan MS PP untuk membentangkan projek kami.
Lelaman yang berguna untuk kami adalah : http://www.geocities.com/gen_m87/ dan http://www.malaysiana.pnm.my/03/ dan http://geocities.com/warrient/wash.htm

:)

-Irdayu

SELAMAT DATANG !!!!

SALAM SEJAHTERA SEMUA !! :D

Ini adalah blog yang dibuat untuk kumpulan saya yang dianggotai Khuzaimah,Hafir dan Irdayu.
Tajuk yang dipilih kami adalah tajuk permainan tradisional.
Kami memilih tajuk ini kerana ia adalah satu tajuk yang kami meminati.
Jangan segan untuk memberi komen tentang perkembangan projek kami.
Kami akan menggunakan permainan tradisional yang kerap dimain dan diketahui ramai.
Juga, cara untuk memainkannya juga akan terkandung ke dalam projek kami.
Terima Kasih

-Irdayu